04 August 2024

ISTERI MENINGGAL DUNIA - PENYANYI POPULAR ERA 60-AN, J SHAM HIL4NG TEMAN MENGAJI & BERTEL4GAH



Takziah diucapkan kepada penyanyi popular era 60-an, J Sham, 80, atas pemergian isterinya, Kamariah Abdul Raffar atau Ummi, 82, yang meninggal dunia di Hospital Kajang, jam 10 pagi kelmarin.
Dalam pada itu, J Sham atau Shamsuddin Jaafar, berkongsi, kebiasaannya setiap kali selepas subuh, dia akan mengaji dengan isterinya yang dikahwininya pada 1971 itu.

"Saya cuba mengaji balik pagi ini (semalam), tapi dah berat sikit sebab setiap kali mengaji, saya terkenang dia (arwah isteri).

"Lebih dua minggu kami tak mengaji bersama sebaik dia masuk hospital. Waktu dia di hospital pula, saya dah tak terfikir rutin mengaji. Perasaan dah lain.

"Selalunya bila saya balik dari surau selepas solat Subuh, saya duduk dengan dia menunggu waktu dhuha. Kita habiskan mengaji dalam 10 hingga 20 muka antara kami berdua.

"Biasanya bila bertalaqqi, siapa sal@h kita betulkan. Jadi kadang-kadang itu bertel@gah juga. Dia pula nak mengajar 'gurunya'. Itulah," tuturnya yang agak sebak mengenangkan keindahan hidup bersama Allahyarham isterinya.

Kata J Sham yang popular menerusi lagu 'Suratku Untukmu' itu lagi, isterinya seorang yang mementingkan penjagaan kesihatan dan jarang s@kit.

"Tapi kali ini dia kena jangk1tan pada paru-paru sekitar beberapa minggu lalu dan mengadu pada saya dan kami pergi ke doktor swasta. Tapi doktor gag@l k£san apa peny@kitnya dan agak itu hanya demam dan bagi ubat.

"Dua minggu sudah dia tiba-tiba bangun pagi dah tak boleh mengaji dengan saya sebab s£sak nafas, tak cukup oks1gen. Nafasnya dah ters£kat-s@kat. Jadi kita buat dua muka sahaja.

"Selepas itu dia kata nak masuk ke bilik kec£masan hospital dan kami ke Hospital Kajang kerana itu hospital kerajaan yang terdekat," ujarnya.

Difahamkan, Kamariah mulanya dimasukkan ke bilik pemerhatian dan selepas dua hari, dimasukkan ke wad. Kemudiannya, dua minggu selepas itu, keadaan isteri J Sham semakin mer0sot.

"Dua hari sebelum meninggal, dia dah tak boleh bercakap dan mula tak sedarkan diri. Doktor bagi saya dua pilihan, sama ada ditidurkan atau tambah ubat dan oks1gen. Saya pilih yang kedua.

"Keadaannya macam tak sedar tapi bila kita bercakap dia boleh respon melalui bibir dan kerlipan mata. Saya dah anggarkan mungkin tak lama lagi dia akan pergi. Jadi saya pun buat persediaan.

"Masa dia mula masuk hospital, setiap kali waktu melawat saya pasti berada di sampingnya dan tak nak berpisah dengannya," jelasnya.

Menerusi perkahwinan J Sham bersama arwah isteri, mereka dikurniakan sepasang anak iaitu yang pertama perempuan dan kedua lelaki yang masih bujang. Pasangan ini juga mempunyai tiga cucu.

Jenazah Kamariah diuruskan di Masjid Sungai Sekamat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sekamat, Kajang, selepas solat Jumaat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: