27 August 2024
"ANAK SAYA KENA BELAJAR, HAFAL AL-QURAN" - FATIN AFEEFA TAK BENARKAN ANAK-ANAKNYA TERLIB4T DALAM DUNIA SENI
"Saya tak akan benarkan anak-anak saya berlakon atau masuk industri. Anak saya kena belajar, hafal Al-Quran."
Demikian kata pelakon Fatin Afeefa dimana dia tidak membenarkan anak-anaknya terlib@t dalam dunia seni ataupun bergelar selebriti, sebaliknya mahu melihat anak-anaknya cemerlang dalam akademik serta bergelar penghafaz Al-Quran.
Menerusi sesi live di TikT0k, Fatin berkata, anak-anaknya ada menerima banyak tawaran, namun tidak akan benarkan mereka mengikut jejak langkahnya.
Ini kerana ujar Fatin atau nama sebenarnya, Fatin Nur Afifah Shamsudin, sebagai ibu, dia berhak menentukan masa depan anak-anaknya.
"Tak kisah apa pun orang nak cakap, tapi anak-anak saya tidak akan jadi pelakon. Anak-anak saya di bawah jagaan saya, jadi saya berhak tentukan. Suka hati sayalah," tuturnya.
Terdahulu, Fatin memberitahu, dia nekad mengambil keputusan undur diri dari dunia seni kerana mentaati permintaan suaminya, Aliff Awang.
Jelas Fatin lagi, dia mengambil keputusan tersebut atas permintaan suaminya yang memintanya untuk menjaga aurat serta mahu memberi perhatian kepada keluarga.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment