27 August 2024

SEBUTAN SEMULA K£S CERAI DITETAPKAN 25 SEPTEMBER DEPAN - SYAMSUL YUSOF AKUR DITANGGUHKAN



Tarikh sebutan semula k£s perceraian pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof dan Ira Kazar telah ditetapkan pada 25 September depan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini.
Hakim, Maizatul Aliza Chee Din bersetuju dengan tarikh yang ditetapkan peguam diwakili Syamsul, Azmi Mohd Rais untuk tarikh sebutan baharu.

"Saya mengumumkan 25 September 2024 jam 3 petang adalah tarikh sebutan baharu," katanya.

Syamsul memfailkan perceraian dengan kebenaran mahkamah di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS).

Sebelum ini, Azmi memaklumkan, Syamsul sudah bersedia untuk melepaskan Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, pada hari ini.

Syamsul bagaimanapun akur pros1ding perceraiannya itu ditangguhkan, berikutan isterinya dimaklumkan baharu melantik peguam untuk mewakilinya dalam pr0ses cerai itu.

Pada 19 Ogos lalu, Azmi mengesahkan Syamsul Yusof telah memfailkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar atas sebab mereka tidak lagi mempunyai persefahaman.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: