20 August 2024
"APA YANG BERLAKU ADALAH KETENTUAN ALLAH" - YUSOF HASLAM NAFI DIA & ISTERI GEMBIRA SYAMSUL & IRA KAZAR BERCERAI
"Saya cakap terus terang, ada orang kata kami anggap ia berita gembira, tapi sebenarnya tidak. Apa yang berlaku adalah ketentuan Allah.
"Jadi, jangan sal@h faham. Saya tidak tahu dan sudah lama tidak berhubung dengan dia, begitu juga dengan emak dia. Memang saya terkejut, tapi apa juga yang terjadi, saya doakan yang terbaik untuk semua pihak.
"Jangan kata saya tepuk tangan. Demi Allah tiada niat dan saya pun tak tahu perkara ini berlaku. Biarlah masa dan keadaan yang menentukan apa yang akan berlaku."
Itulah jelas penerbit, pengarah dan pelakon Datuk Yusof Haslam, dimana dia terk£jut dengan berita anaknya, Syamsul Yusof menfailkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar, yang hangat diperkatakan semalam.
Kata Yusof, mereka sekeluarga tidak menganggap ianya berita yang menggembirakan, sebaliknya mendoakan yang terbaik buat Syamsul.
Dalam pada itu, Yusof turut menjelaskan, isterinya iaitu Datin Patimah Ismail sudah lama reda dengan apa yang berlaku serta mengatakan kenyataan isterinya itu disal@h tafsir.
"Dengan saya pun isteri senyap sahaja, tapi jangan ingat kononnya dia gembira. Isteri saya bukan apa, dia reda dengan apa yang berlaku dan nak kata ia menggembirakan kita, tidak.
"Jadi, jangan sal@h faham sebab ada yang dikatakan oleh isteri saya, ada yang diman1pulasi," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment