09 August 2024
BAKAL MENANTU ANAK ORANG ALIM, TAK MAIN MEDIA S0SIAL - CHE TA TERUJA NAK MERISIK, MAHU GAJIKAN PEMBANTU RUMAH
"Saya memang teruja nak merisik bakal menantu untuk anak sulung pada minggu depan. Setakat ini, kami baru nak beli cincin tanda untuk si dia.
"Sebagai ibu saya gembira untuk dia. Sebenarnya saya tak kisah siapa pun yang dia pilih asalkan berbahagia. Apabila dapat yang berhijab lebih mudahlah dan lagi satu dia bukan jenis main media s0sial.
"Kalau sebelum ini saya doa untuk kebahagiaan anak-anak, selepas ini saya doakan pula rumah tangga dan jodoh terbaik buat mereka."
Ujar pelakon Rozita Che Wan yang berkata, dia teruja untuk merisik bakal menantunya serta lega anak sulungnya, Ammar Effendy memilih wanita berhijab daripada keluarga yang mementingkan agama.
Jelas Rozita atau mesra disapa Che Ta, calon menantunya itu berusia lingkungan 20-an dan merupakan seorang yang bersederhana kerana tidak mempunyai akaun media sosial.
Sementara itu, Che Ta memberitahu, dia baru dua kali berjumpa dengan calon menantunya itu dan yakin pilihan anaknya ini kerana katanya, kekasih Ammar itu seorang berpendidikan dan anak orang alim.
"Apa yang saya tahu keluarga kekasih Ammar pun baik-baik dan alim. Walaupun bekerja di luar negara, bapanya kerap pulang ke tanah air bahkan baru-baru ini Ammar ada bermain golf dengan bakal mentuanya.
"Pada saya, tidak kira sama ada bakal isteri bertudung atau tidak, paling penting Ammar mampu mendidik bakal teman hidupnya menjadi isteri yang terbaik. Saya dan suami pun sudah berjumpa bakal besan. Doakan majlis risik nanti berjalan lancar," katanya.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Che Ta turut berkata, dia sedia untuk menggajikan pembantu rumah demi keselesaan menantunya apabila berkahwin dengan anak sulungnya itu.
Ujar Che Ta, sejak kecil, ketiga-tiga anaknya kurang tahu melakukan kerja rumah kerana hanya diminta untuk fokus pada pelajaran sahaja.
"Semuanya kerana sil@p saya sendiri yang meminta mereka tumpukan sahaja perhatian pada tugasan berkaitan sekolah, manakala urusan buat kerja rumah saya atau pembantu yang selesaikan.
"Kalau dah kahwin nanti saya tak yakin dia boleh tolong isterinya mengemas ataupun buat kerja di dapur sebab buang sampah pun dia g£li. Jadi nak ringankan b£ban menantu saya tak kisah ambil pembantu rumah untuk mereka.
"Saya pun sejak kahwin dulu, Zain (suami) ambil pembantu rumah untuk tolong saya. Tiada mas@lah pun, janji menantu 'happy', saya pun senang hati," jelasnya.
Selain itu, Che Ta memaklumkan, dia tidak kisah jika anak menantunya itu tinggal dirumahnya selepas berkahwin untuk permulaan.
"Saya tak kisah kalau mereka nak tinggal asing tapi duduk di rumah saya untuk permulaan membina kehidupan baru pun saya tak kisah walaupun ada orang cakap jangan duduk dengan mentua.
"Di rumah saya sekarang tak sampai 10 orang termasuk mak mentua. Kalau mereka mahu tinggal sekali, Alhamdulillah," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment