09 August 2024

"TIDAK MENGAPA ADIK, SERONOKLAH DALAM INDUSTRI INI SELAGI KALIAN RASA KALIAN TERPALING SEGALA" - ISTERI LAN SOLO K£SAL DENGAN SIKAP SOMB0NG SEGELINTIR PEMP£NGARUH TERHADAP ARTIS SENIOR



"Mal@s nak tulis sebenarnya, tapi sebab g£ram, kita tulislah sikit. Ceritanya baru-baru ini Lan (suami) ada persembahan dan dalam persembahan yang sama, ada ramai artis-artis otai (senior). Ada juga 'budak baru nak up' (BBNU) dan pemp£ngaruh.
"Cerita bermula bila semua selebriti berada di belakang pentas menunggu giliran persembahan. Maka berkumpullah semuanya. Terk£jut sangat bila semua pemp£ngaruh tak nak ada bersama disebabkan panas dan belum sampai giliran.

"Kemudian mereka boleh lalu-lalang depan artis-artis yang dah lama duduk di belakang pentas tanpa menyapa seorang pun, malah terus pegang nota kecil lantas naik pentas dan apabila turun terus bergerak.

"Kalau pun kau tak kenal artis-artis lama ni, sekadar salam menyantuni pun takkan tak boleh? Kau masuk tempat orang, kan? Salam je semua yang ada situ.

"Tak habis kisah belakang pentas, waktu nak balik kami bersama mereka satu penerbangan dan berada di ruang sama untuk menanti pesawat. Boleh mereka tak angkat muka?

"Aku pula naik kasihan bila abang-abang veteran ini yang meluru bersalam dengan mereka. Ini kalau aku tulis nama, kalian mesti tak percaya, tapi itulah hakikatnya.

"Tidak mengapa adik. Seronoklah dalam industri ini selagi kalian rasa kalian terpaling segala. Kalian memang hebat. Semoga kalian terus bertapak segar sentiasa dalam lapangan ini.

"Kepada pengurus artis, rasanya kalian lagi lama dalam industri ini. Jadi dah patut buat apa yang perlu".

Demikian tulis isteri kepada penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim, menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook, dimana dia meluahkan rasa k£sal dengan sikap somb0ng segelintir pemp£ngaruh terhadap artis senior.

Dalam hantaran itu, Sheila yang juga pengurus kepada Lan berkata, dia menyaksikan sendiri bagaimana golongan itu melayan individu yang lebih berusia dan berpengalaman dalam sebuah acara hiburan, baru-baru ini.

Ujarnya lagi, apa membuatkan dia lebih 'panas hati' adalah kejadian itu turut berlaku ketika mereka sekali lagi bert£mbung di lapangan terbang.

Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata warganet dan rakan-rakan industri menzahirkan rasa simpati atas kejadian yang berlaku terhadap artis senior.

Mereka juga turut meninggalkan komen dan bersetuju terdapat perbezaan antara pemp£ngaruh baharu dan artis yang sudah lama bertapak dalam industri.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: