07 August 2024

BELLA ASTILLAH AKUI HIDUPNYA KINI LEBIH TENANG & GEMBIRA BERSAMA KEDUA-DUA ANAKNYA : "MEREKA HADIR BERI SEMANGAT, BAWA PENGAJARAN ATAU PERINGATAN DALAM HIDUP KITA"



"Saya nak kongsi tentang keadaan saya dengan semua. Buat masa sekarang, ramai yang nampak saya gembira bersama anak-anak, kini terasa lebih tenang, Alhamdulillah.
"Sebenarnya saya nak buat video ini sebab nak ucapkan terima kasih kepada yang beri sokongan, peminat dan terutama keluarga."

Demikian tutur pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang berkata, hidupnya kini lebih tenang dan gembira bersama kedua-dua anaknya.

Sudah hampir dua bulan bercerai dengan penyanyi dan pelakon sens@si, Aliff Aziz, Bella memberitahu, kekuatannya kini adalah hasil sokongan daripada keluarga serta mereka di sekelilingnya.

Menerusi video dimuat naik jenama pr0duk kesihatan, Bella berkata, dia percaya apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya serta individu yang pernah hadir dalam hidup membawa pengajaran dalam hidup.

"Kadang-kadang mereka hadir memberi semangat, ada juga membawa pengajaran atau peringatan dalam hidup kita. Jadi, kita hanya perlu reda dengan takdir dan belajar daripada kesil@pan.

"Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya," katanya yang turut menjelaskan, dia sudah berdamai dengan takdir tertulis dan berlapang dada dengan semua yang berlaku.

"Macam yang saya lalui sekarang, saya terima semuanya dengan berlapang dada dan jalani hidup ini seperti biasa. Paling penting saya masih ada orang tua dan anak-anak dalam hidup saya," ujarnya.

Terdahulu, Bella dan Aliff sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 13 Jun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: