07 August 2024

BILA IBU PESAN INTAN NAJUWA JANGAN ASYIK FIKIR SHOPPING, BAGI BAYI DALAM KANDUNGAN DENGAR ZIKIR



"Baby dah boleh pasang-pasangkan ayat-ayat Quran dekat perut. Biar dia didedahkan dengan zikir-zikir. Dengar-dengarkan ayat-ayat. Dah boleh start dah.
"Jangan asyik dengar zikir mummy dia shopping. Hari-hari bukak macam-macam surah."

Itulah kata ibu pelakon Datin Intan Najuwa iaitu Nafizah Mohd Sahid, dimana dia memberikan pesanan kepada anaknya itu yang kini sedang hamil anak sulung.

Klik untuk gambar besar
Intan yang berkongsi pesanan ibunya itu menerusi Insta Story, berkata, setiap hari ibunya akan memberikan pesanan kepadanya termasuk banyakkan berzikir ketika hamil.

Dalam perbualan mesej itu juga, ibunya turut menasihati Intan untuk memperdengarkan ayat suci Al-Quran kepada bayi dalam kandungannya itu dan tidak hanya memikirkan tentang membeli-belah sahaja.

Sebelum ini, Intan memberitahu, dia merancang untuk ke London pada bulan depan untuk membeli barangan keperluan bayi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: