18 August 2024

BERNIAGA TEPI JALAN, JUAL JELLYBALL - AMAN GRASEKA AKUI TIDAK PERNAH RASA MALU



"Pada mulanya kami hanya menjual popia goreng sewaktu Perint@h Kaw@lan Perg£rakkan (PKP) sebelum ini, kemudian kami cuba jual kerepek pula.
"Saya cakap dengan isteri cuba kita jual makanan yang orang tak pernah buat atau jual. Jadi isteri saya kata, kita jual Jellyball yang semua orang boleh makan.

"Jadi isteri setiap pagi isteri saya yang buat Jellyball tu sampai 50 atau 100 bungkus. Alhamdulilallah ramai yang suka."

Itulah kata pelakon Aman Graseka yang mengakui, dia tidak pernah rasa malu berniaga di tepi jalan menjual makanan kesukaan kanak-kanak iaitu jellyball di Sungai Petani, Kedah.

Jelas Aman, sebelum ini ada beberapa jenis makanan dijual dan sudah dua tahun dia mengusahakan perniagaan itu bersama isterinya, Nurul Amrina.

Sementara itu, Aman berkata, rezekinya kini meluas dan mendapat tempahan jellyball daripada vendor sekitar Kedah.

Menurutnya lagi, hampir 70 bungkus Jellyball akan dihantar ke gerai-gerai kecil yang menempah Jellyball mereka setiap hari.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: