18 August 2024

"KAMI MASIH BERKAWAN BAIK TANPA MEMB4BITKAN PERASAAN... BIARLAH STATUS ITU KEKAL DI SITU" - AEDY ASHRAF JELAS TIADA MAS4LAH BEKERJASAMA DENGAN AMELIA HENDERSON



"Sebelum ini pun kami sudah beri kenyataan antara kami sudah tiada apa-apa hubungan. Rasanya, status kami sudah jelas dan tidak ada apa yang perlu saya ulas mengenainya.
Demikian ujar pelakon Aedy Ashraf, 31, yang menjelaskan, tiada apa yang perlu dipersoalkan berhubung status hubungannya dengan pelakon Amelia Henderson.

Kata Aedy atau nama sebenarnya, Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, sudah terang lagi bersuluh mereka bukan lagi pasangan kekasih selepas memberi kenyataan berhubung hubungan mereka sebelum ini.

Dalam pada itu, Aedy berkata, meskipun mereka pernah bercinta sebelum ikatan terlerai, namun faktor itu bukan penghal@ng untuknya dan Amelia kekal berkawan.

Justeru, bagi Aedy, tidak timbul dakwaan konon hubungan baik mereka dilihat seperti bermain tarik tali, seolah-olah masih tidak dapat dipisahkan.

Ulas Aedy lagi, walaupun percintaan mereka terlerai di tengah jalan, namun baginya, ia bukan hal@ngan untuk mereka bersikap profesional.

"Kami masih berkawan baik tanpa membabitkan perasaan. Biarlah status itu kekal di situ. Saya juga tiada mas@lah untuk bekerjasama dengan Amelia," jelasnya.

Sebelum ini, Amelia dalam sesi siaran langsung di TikT0k memaklumkan hubungannya dengan Aedy sudah berakhir.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: