06 August 2024
"DARI DULU SAMPAI SEKARANG, SAYA TAK PERNAH LETAK HARGA (BAYARAN) TINGGI-TINGGI" - ZUL ARIFFIN AKUI SUDAH LAMA TERINGIN BERLAKON FILEM INDIE NAMUN TIDAK PERNAH TERIMA
"Saya minat (berlakon filem indie), tapi mereka (penggiat indie) yang tak minat saya kot, sebab tak pernah dapat 'offer' (tawaran). Cuma, saya juga ingin jelaskan di sini, bahawa ia bukan sebab 'terlalu mahal' (bayaran).
"Bayaran adalah bayaran. Kadang-kadang kita pun ada 'special pr0ject' yang nak dibuat dan perlu bekerjasama dengan orang (pelakon) bagus-bagus, tapi tidak semestinya kena letak harga tinggi memanjang (setiap masa).
"Saya bukan (pelakon) macam itu. Dari dulu sampai sekarang, saya tak pernah letak harga (bayaran) tinggi-tinggi disebabkan berlakon dengan pelakon bagus-bagus. Saya hanya tahu, saya bekerja dan dibayar."
Itulah ujar pelakon Zul Ariffin yang memberitahu, dia sudah lama teringin untuk berlakon dalam filem indie, namun tidak pernah menerima tawaran kerana mungkin dianggap pelakon dengan bayaran tinggi.
Kata Zul, dia melihat banyak skrip filem indie yang mempunyai jalan cerita yang bagus, namun belum ada rezeki membintangi dalam naskhah sedemikian dan dia tidak pernah meletakkan bayaran tinggi.
Dalam pada itu, Zul mengulas, mungkin ada yang berpendapat 'muka kom£rsial' menjadi sal@h satu faktor 'meny£kat' dia untuk mencuba nasib dalam pasaran filem 'indie'.
"Saya ada terfikir juga mengenai 'skaptikal' sesetengah orang yang mungkin beranggapan muka saya ini terlalu kom£rsial untuk dibawa masuk ke pasaran 'indie'.
"Bahkan, waktu dulu-dulu pun saya sendiri pernah fikir juga. Tapi, sekarang saya dah tua. Apabila dah tua, saya faham-faham sendirilah. Cuma ada juga terasa tak sesuai lagi ke?
"Tapi, biasalah kalau ada tawaran yang datang itu (berlakon filem), saya pasti akan tengok dan boleh saja dipertimbangkan," kata Zul yang turut mengatakan, dia bukan pelakon dengan harga mahal dalam industri seni tanah air, sebaliknya boleh berbincang mengenai harga.
"Sejujurnya, saya bukanlah pelakon yang berharga mahal sangat di Malaysia ini. Ada pelakon lain yang lagi mahal. Saya okay saja (bayaran) macam biasa dan benda boleh 'disk@un', kita berbincang," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment