06 August 2024

"SAYA TAK DAPAT BUAT PR0GRAM TV... JADI, BIARLAH SAYA BEREHAT SAJA DI RUMAH KETIKA INI" - EBBY YUS BERSYUKUR KESIHATANNYA BERADA DALAM KEADAAN STABIL



"Saya tak dapat buat program TV itu kerana ada aktiviti las@k. Dalam keadaan kesihatan sekarang, saya memang dah tak boleh nak buat aktiviti las@k. Sebabnya, nak berdiri lama pun saya tak boleh, termasuk nak berjalan naik tangga dah tak larat.
"Jadi, biarlah saya berehat saja di rumah ketika ini. Alhamdulillah, kesihatan saya berada dalam keadaan stabil. Walaupun saya nak bekerja, tapi kalau tawaran tidak sesuai kenalah tolak."

Demikian tutur pelawak dan pelakon, Ebby Yus, 59, dimana dia berkongsi keadaan kesihatan jantung dan mas@lah buah pinggang dihid@pinya ketika ini stabil kerana dia pun tidak lagi bekerja dan hanya duduk berehat di rumah.

Jelas Ebby atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, dia masih menerima tawaran kerja dan baru-baru ini dilamar untuk satu pr0gram televisyen, namun terpaksa menolaknya.

Dalam pada itu, ditanya pula mengenai jadual pemeriksaan berkala dengan doktor, Ebby memberitahu, dia ada temujanji di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan buah pinggangnya pada September depan.

"Harapan saya, semoga mas@lah buah pinggang dihid@pi berada dalam keadaan baik dan tidak memerlukan rawatan dialisis sebagaimana pernah disarankan doktor kepada saya sebelum ini.

"Lagipun, kalau diikutkan saya memang masih belum bersedia untuk buat rawatan dialisis itu. Tapi, iyalah semuanya bergantung pada laporan pemeriksaan dengan doktor pakar pada September depan.

"Jadi, kalau doktor kata dah tak boleh dielakkan lagi (rawatan dialisis), saya akan buat jugalah. Namun, moga-moga ia tidak berlaku dan keadaan buah pinggang saya masih stabil," katanya.

Pada tahun lalu, Ebby pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL akib@t mas@lah kesihatannya dan doktor juga memberitahu tahap kekuatan jantungnya sudah tinggal kira-kira 27 peratus.

Selain itu, Ebby yang dikenali sebagai Pak Din dalam sitkom 'Jenaka Kampung K@lut (JKK)' juga berhad@pan mas@lah buah pinggang r0sak dan memerlukan dia hanya minum sebanyak 500 mililiter air saja sehari.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: