05 August 2024

JENAZAH JAY JAY SELAMAT DIKEBUMIKAN - ANAK KATA ARWAH BAPANYA PERNAH LUAH HASRAT MEMILIKI KERETA IDAMAN, PESAN JAGA IBU



"Arwah papa pernahlah cakap kepada saya yang dia suka kalau saya dapat belikan kereta idamannya iaitu jenis Volvo. Jadi, kita sebagai anak-anak cuba layankan sajalah.
"Untuk pesanan terakhir, arwah papa tiadalah tinggalkan apa-apa 'sp£sifik' pesanan, tetapi apapun arwah minta saya supaya bertanggungjawab menjaga mama."

Itulah tutur anak bongsu kepada penyanyi popular era 1970-an yang juga bekas vokalis Carefree, Allahyarham Jay Jay, 67, iaitu Nur Kamelia Mohd Fauzi, 28, ketika ditemui media di Masjid Al Husna, Bandar Sunway, pagi ini.

Kata Kamelia, arwah bapanya itu pernah meluahkan hasrat memiliki kereta idaman jenis Volvo, namun ia tidak kesampaian apabila meninggal dunia malam tadi.

Selain itu, Kamelia memaklumkan, tiada pesanan tertentu dititipkan arwah bapanya, kecuali meminta menjaga ibunya, Zaitoon Wahid, 61.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Kamelia turut berkongsi mengenai kesihatan Allahyarham bapanya, dimana dia berkata, arwah juga menunjukkan perubahan ketara dan kurang bercakap selepas dis£rang angin ahmar sebanyak dua kali.

"Namun, semangat juang dalam diri papa sangat tinggi kerana dia tidak cepat rasa nak berputus asa melawan kes@kitan dihid@pinya itu.

"Bagaimanapun, keadaan papa semakin t£ruk selepas menjalani pemb£dahan pintasan jantung (bypass) kerana berlaku kegag@lan pada beberapa bahagian organ dalamannya.

"Papa juga sepatutnya dibenarkan pulang (dari hospital) minggu lepas, tapi ada jangk1tan kum@n dalam air k£ncing. Selepas itu, organ lain pula mengal@mi ker0sakan," katanya

Menurut anak bongsu Allahyarham Jay Jay itu lagi, disebabkan pernah mengal@mi s£rangan angin ahmar dua kali, arwah bapanya itu jadi kurang bercakap, tapi dia memang sangat cekal semangat untuk kembali sihat semula.
Terdahulu, Allahyarham Jay Jay disahkan meninggal dunia dalam tidur pada jam 9.27 malam tadi akib@t kompl1kasi kegag@lan organ dalaman di sebuah hospital dekat Kota Damansara di sini, di hadapan semua ahli keluarga.

Arwah Jay Jay meninggalkan seorang balu, Zaitoon Wahid, empat anak dan enam cucu.

Jenazah Jay Jay dimandikan, dikafan dan disembahyangkan di Masjid Al Husna, Bandar Sunway, sebelum selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Tandang, Subang Jaya.

Pada 23 Mei lalu, Jay Jay menjalani pemb£dahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) dan keadaan kesihatannya bagaimanapun dimaklumkan mengal@mi lumpuh separuh badan pada Jun lalu.

Allahyarham Jay Jay pernah popular dengan lagu seperti 'Rindu Bayangan', 'Angan Tak Sudah' dan banyak lagi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: