29 August 2024

DUKUNG ANAK SAMBIL TAWAF 7 KALI - MIRA FILZAH LUAH RASA SYUKUR PERTAMA KALI TUNAI UMRAH SEBAGAI ISTERI & IBU



"Pertama kali buat Umrah sebagai seorang isteri dan ibu. Sangat mencab@r tetapi satu pengalaman yang sangat indah buat saya.
"Kami cuma ada satu malam sahaja di sini. Emir menawarkan dirinya untuk menjaga Amir dan saya dapat keluar ke masjid sendiri untuk mendirikan solat Tahajjud."

Demikian tulis pelakon Mira Filzah yang meluahkan rasa syukur apabila selamat menunaikan umrah, selain berkata, ianya pengalaman pertamanya menunaikan ibadah itu sebagai isteri dan juga ibu.

Mira yang berkongsi perkara itu menerusi perkongsian di Instagram, turut mengakui ianya agak mencab@r, namun pengalaman indah buat dirinya.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Mira turut meluahkan rasa syukur dapat menyempurnakan tawaf mengelilingi Kaabah sambil mendukung anak lelaki, Wan Khair Amir.

"Alhamdulillah, selesai mengerjakan ibadah umrah. Pertama kali bawa Amir dan dia nak mama dukung sahaja, jadi saya yang dukung sambil tawaf tujuh kali. Tak merungvt, syukur Alhamdulillah buat segalanya," tuturnya.

Untuk makluman, Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar Wan pada 3 September 2020.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata Wan Khair Amir Wan Emir Astar yang kini berusia dua tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: