29 August 2024
NEELOFA TAK HAMIL ANAK KETIGA
"Neelofa belum hamil lagi. Dia bahagia membesarkan dua anaknya sekarang ini. Doakan semoga dia dikurniakan rezeki menambah cahaya mata."
Itulah jelas sumber di Harian Metro, berhubung foto yang tular menampakkan Noor Neelofa, 32, seolah-olah mempunyai 'baby bump', dimana katanya, selebriti terkenal itu yang didakwa sedang hamil anak ketiganya ini adalah tidak benar.
Ujarnya, mungkin disebabkan pakaian isteri kepada pendakwa bebas dan pelakon, PU Fiz itu kelihatan labuh dan longgar.
Sebelum ini, terdapat sp£kulasi mendakwa bekas pengacara MeleTOP itu sedang hamil anak ketiga menerusi foto terbarunya di Instagram.
Biarpun bukan kali pertama netizen berteka-teki mengenai status kehamilannya, namun ramai pihak teruja selepas melihat perubahan fizikal Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, yang kelihatan seperti mempunyai 'baby bump'.
Untuk makluman, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas, 1.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment