30 August 2024
PEGUAM SYAMSUL KATA TIADA KAITAN LAFAZ TAKLIK
"Saya tak tahu, saya tak tahu (mengenai lafaz taklik). Saya tidak dimaklumkan apa-apa (oleh Syamsul) pasal benda lain.
"Bagi pihak Syamsul, segala tuntutan dibuat terhadap Ira mengikut seksyen 47 (Enekman Undang-Undang Keluarga Selangor) sudah pun kami serahkan kepada pihaknya selaku defendan."
Demikian kata peguam syarie yang mewakili pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof iaitu Azmi Mohd Rais, dimana dia men£gaskan isu perceraian anak guamnya itu dengan isterinya, Ira Kazar hanya disebabkan tiada persefahaman dan tiada kaitan lafaz taklik.
Kata Azmi, dia tidak tahu-menahu sekiranya berlaku lafaz taklik kerana tidak dimaklumkan oleh Syamsul, 40, mengenai perkara lain dalam k£s perceraian berkenaan.
Disamping itu, Azmi turut memaklumkan, pihak peguam Ira yang diwakili peguam syarie, Fadil Abd Razak juga sudah memfailkan wakalah ketika pros1ding perceraian yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selasa lalu.
Sebelum ini, Syamsul yang memang sudah bersedia melafazkan cerai terhadap Ira Kazar, terpaksa akur dengan keputusan mahkamah menangguhkan k£s perceraian mereka ke tarikh baharu iaitu pada 25 September depan.
Menurut Azmi, penangguhan kepada tarikh baru itu dibuat kerana Ira selaku defendan baru melantik pihak peguam untuk mewakili dirinya bagi k£s perceraian berkenaan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment