11 August 2024

"HIDUP SAYA SEKARANG INI DAH MACAM BERGANTUNG DENGAN UBAT..." - AZLEE SENARIO AKUI PERBELANJAAN UBAT-UBATNYA DALAM SEBULAN RM2,500, SETAHUN RM30,000



"Alhamdulilah, masih lagi dalam pemantauan (keadaan kesihatan). Berkat doa rakan-rakan dan semua rakyat Malaysia, s@kit saya ini dah beransur pulih. Walau bagaimanapun saya kena buat rawatan susulan.
"Saya juga kena makan ubat hari-hari, kalau tak ada ubat itu tak boleh. Hidup saya sekarang ini dah macam bergantung dengan ubat sebab harga ubat-ubatan pun bukan murah untuk setiap bulan kena ambil (di hospital).

"Perbelanjaan ubat-ubat saya dalam sebulan adalah RM2,500 dan untuk setahun kira-kira RM30,000. Saya pula kena makan lebih 10 jenis ubat setiap hari tanpa boleh tertinggal satu (jenis) pun."

Itulah tutur pelawak otai dan juga pelakon, Azlee Senario, 57, yang mengakui, dia perlu membelanjakan kira-kira RM2,500 sebulan untuk menampung k0s ubat-ubatan bagi rawatan peny@kit jantung dihid@pinya.

Bagaimanpun, Azlee atau nama sebenarnya, Azlee Jaafar meluahkan rasa syukur keadaan kesihatannya kini beransur pulih, meskipun harus bergantung dengan makan ubat setiap hari tanpa cul@s.

Ditanya lebih lanjut mengenai kesihatannya, Azlee memberitahu, dia akan menjalani pemeriksaan jantung secara berkala setiap sebulan di hospital dalam tempoh setahun ini bagi memastikan dirinya berada dalam keadaan sihat.

"Saya akan menjalani pemeriksaan jantung secara bulanan di hospital pada 20 Ogos ini dan saya harap kepada rakyat Malaysia yang mengenali saya serta peminat-peminat mendoakan saya agar terus sihat, Insya-Allah.

"Sekarang, saya kena jaga makan sebab doktor kata apa yang dibuat kepada saya ada tarikh luputnya. Maknanya, kalau jaga pemakanan, ia boleh bertahan selama setahun, tapi kalau tak jaga (makan), dalam tempoh empat bulan saya boleh kena serangan (jantung) lagi," katanya.

Jelas Azlee lagi, simpanan kewangan untuk kec£masan juga penting dibuat bagi memastikan boleh diguna pakai ketika berhad@pan mas@lah kesihatan kr0nik sebagaimana dial@minya ketika ini.

Pada 5 Jun lalu, Azlee dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dari Hospital Sungai Buloh (HSB) selepas r£bah di rumahnya di Sungai Buloh akibat mas@lah jantung dial@mi.

Ketika di IJN, Azlee menjalani pros£dur peletakan sten pada 6 Jun lalu, namun dia meminta keluar awal dari hospital apabila mendapati bil sudah mencecah RM40,000 dalam tempoh empat hari dan dia pula tiada insur@n peribadi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: