11 August 2024

"SEKARANG, SAYA DAH DAPAT WANITA YANG SOLAT & DIA DAH BERTUDUNG" - JOHAN RAJA LAWAK



Pelawak dan pelakon, Johan Raja Lawak, 40, meluahkan rasa bahagia dengan perubahan isterinya, pelakon Ozlynn Waty, 43, yang kini tampil bertudung selepas pulang dari menunaikan ibadah haji baru-baru ini.
"Sekarang, saya dah dapat wanita yang solat dan dia dah bertudung. Dia bertudung bukan pasal saya, tapi hidayah yang dia dapat. Sebab itu apabila dia solat, dia ada tempat mengadu, tempat mohon keampunan dan dia ada juga tempat untuk mendapat hidayah itu.

"Saya rasa Allah dah menjawab untuk bahagian saya dan menyentuh hati saya apabila dia cakap mulai saat ini, aurat dia hanya untuk saya. Jadi, itu sangat menyentuh hati saya," tuturnya.

Dalam pada itu, isteri Johan mengakui, dia kini selesa dengan penghijrahannya, selain berkata, hatinya sudah mula berputik untuk bertudung sejak beberapa tahun lalu.

"Sebenarnya niat nak pakai tudung itu sejak beberapa tahun dah. Memang terdetik, tapi pada masa sama saya selalu fikir nanti kalau pakai, mesti orang akan cakap 'esok esok bukalah tu'.

"Suami selalu cakap, boleh tak kau fikir pasal diri kau sendiri dan jangan selalu fikir pasal orang? Saya cakap, tak apalah sebab saya nak rasa keajaiban daripada Allah itu, maknanya bangun pagi, rasa dah nak pakai.

"Tapi, paling tidak pun saya cakap, penamatnya adalah apabila dapat panggilan daripada Allah untuk menunaikan haji. Sekali saya dah pergi haji, Insya-Allah saya tak akan tak bertudung.

"Insya-Allah, itu adalah penamatnya sebab pergi haji ini adalah Rukun Islam kelima dan maknanya, panggilan terakhir daripada Allah. Saya memang dah bersiap sedia dari semua asp£k," jelasnya.

Ozlynn dia juga turut meluahkan hasrat sama kepada pembantu peribadinya (PA) ketika mereka menyertai kelas agama, sebelum dia dan Johan mengesahkan akan berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji.

"Jadi, apabila tengok PA saya pergi kelas agama, saya ajak dia pakai tudung seminggu sebelum kami nak sahkan yang kami terima jemputan haji itu. Dia cakap, betul ke dan saya cakap, ya sebab saya rasa dah bersedia.

"Dia cakap, kalau dah pakai, tak boleh buka balik dan saya cakap, ya lah, siapa yang pakai nak buka balik. Umur saya pun dah 40 tahun lebih, jadi memang dah bersedia. Dia pun tumpang gembira dengan keputusan saya.

"Selepas itu, kami diberi pengesahan untuk ikut menunaikan haji. Saya cakap kepada Johan, papa, Allah dengar apa yang saya doakan," ujar Ozlynn yang memberitahu, dia dan Johan sentiasa mengingatkan diri mereka untuk sentiasa bersangka baik dengan setiap apa yang berlaku.

"Bersangka baik selalu, contohnya yang kami selalu buat, dulu-dulu apabila ada bl0gger keluarkan gambar kami dan dalam ruangan komen, ada komen-komen neg@tif sampai timbul fitn@h serta perg@duhan. Peminat akan hantar.

"Saya cakap, boleh tak kita setkan dalam fikiran supaya jangan layan dan jangan hantar sebab akan timbul s@kit hati. Jadi, apabila rasa s@kit hati, kita mula timbul pelbagai rasa mar@h dan sebagainya.

"Jadi, saya minta mereka berhenti kongsi kalau nampak benda begitu dan doakan untuk mereka dan kita supaya jadi lebih baik. Peminat pun dah faham," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: