"Saya tak tahu saya patut jawab atau tidak, saya tak perlu buat apa-apa kenyataan, ia terlalu priv@si dan orang luar sana pun memahami.
"Sebenarnya apa yang saya jawab, orang masih buat sp£kulasi, lebih baik saya ambil pendekatan diam dari berkata apa-apa.
"Biarpun kita cakap perkara yang betul pun, orang tetap komen, walaupun perkara itu betul atau tidak, ia tetap akan ada komen dan pandangan orang."
Demikian tutur pelakon dan pengacara Irma Hasmie, dimana dia enggan menjaja kisah cerainya kepada umum kerana apa saja kenyataannya bakal mengund@ng sp£kulasi.
Jelas ibu kepada dua cahaya mata itu, demi ketenangan diri dan keluarganya, dia memilih untuk berdamai dengan takdir.
Sementara itu, mengulas mengenai perceraian yang dikongsikan oleh sahabat baiknya, Reen Emran di Insta Story, Irma berkata, perkara yang berlaku itu diluar kawalannya.
"Jadi begitulah kadang-kadang kawan sendiri pun saya tak dapat nak kawal. Itu saja yang berlaku. Jadi mungkin mereka rasa mereka jalankan tanggungjawab sebagai sahabat.
"Dia tak ada isu saya ada kekuatan atau sebagainya, tidak. Saya tetap dengan pendirian dan cara saya yang memudahkan diri saya dan keluarga. Saya cuba buat perkara itu seringkas yang boleh dan tak memudaratkan sesiapa," ujarnya.
Dalam pada itu, Irma turut memaklumkan, dua anaknya kini berada di bawah jagaannya serta meluahkan rasa syukur anak-anaknya itu dalam keadaan baik sahaja.
Untuk makluman, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syed Irfha dan Nur Naylie.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment