16 August 2024
ISU LAFAZ CERAI - BEKAS SUAMI NORA MOHON MAAF TAK DAPAT BERI KENYATAAN
"Maaf. Tidak boleh komen," kata bekas suami kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin iaitu Dr Rushdi Ramli, dimana memohon maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang kenyataan mengenai perceraiannya dengan penyanyi itu.
Ketika ditanya adakah benar dakwaan dia dipaksa melafazkan talak terhadap Nora, Rushdi bagaimanapun tidak menjawabnya.
Sebelum ini, Nora telah membuat k£jutan apabila berkongsi video dia diceraikan Rushdi di Instagram.
Tanpa menjelaskan butiran lanjut perceraian itu, Nora sebaliknya hanya meluahkan rasa syukur atas apa berlaku.
Dalam satu kenyataan lain, Nora turut mendakwa lafaz cerai oleh Rushdi dibuat tanpa kerelaan.
Dakwa penyanyi itu lagi, Rushdi dipaksa melafazkan talak dan diminta merakamkan aksi itu melalui video untuk dijadikan bukti.
Terbaru, menerusi satu hantaran di Instagram, Nora mahu menutup kisah perceraiannya yang dianggap sudah selesai dan tiada lagi persoalan dib@ngkitkan.
Untuk makluman, penyanyi kelahiran Kelantan itu mendirikan rumah tangga dengan Rushdi pada 2021.
Terdahulu, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan arwah Johan pada 1992 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata.
Pada 24 Mac 2017, Johan dilaporkan meninggal dunia pada usia 52 tahun akib@t s£rangan jantung.
Pada 13 Disember 2019, Nora diuj1 dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment