22 August 2024

"KITA HANYA MERANCANG, SAYA MEMANG BERI KEIZINAN" - EZLYNN DEDAH SUAMI MAHU KAHWIN KALI KETIGA, KALI INI MAHU ORANG INDONESIA



"Suami kata nak cari isteri lagi satu, kali ini dia nak orang Indonesia pula. Saya percaya suami saya, bila dia cakap tu memang betul dia nak. Tapi cuma Allah SWT izinkan atau tidak, itu terpulang. Kita hanya merancang. Saya memang beri keizinan."
Demikian ujar penyanyi Ezlynn yang mendedahkan, suaminya iaitu Wan Mohd Hafizam mahu berkahwin kali ketiga dan dia memberi keizinan suaminya itu.

Ezlynn menerusi temu bual bersama Kopi Planet itu berkata, suaminya meluahkan hasrat mahu mencari isteri dari negara jiran, Indonesia pula.

Sementara itu, Ezlynn turut memberitahu, dia meminta agar suaminya 'berbohong sunat' jika itu dapat membahagiakan hati isteri.

"Saya kata ke dia (suami) untuk 'bohong sunat'. Tipulah saya, cakap saya cantik walaupun saya buruk. Sebab ini dapat pahala kalau you 'tipu' untuk bahagiakan isteri," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: