22 August 2024

PENGARAH FILEM, AREEL REDA BAYI LELAKINYA 'PERGI' SELEPAS SATU JAM DILAHIRKAN : "ALHAMDULILLAH, TUHAN BAGI KAMI RASA PENGALAMAN ITU"



Pengarah filem, Areel Abu Bakar reda apabila bayi lelakinya yang diberi nama Muhammad, hanya mampu bertahan selama satu jam sebelum meninggal dunia, selepas dilahirkan kelmarin.
"Alhamdulillah, Tuhan bagi kami rasa pengalaman itu. Dia pergi dengan baik. Kami namakannya Muhammad. Sejak dapat tahu jantina bayi dalam kandungan, kami dah namakannya.

"Dia lahir tak cukup bulan, lebih kurang enam bulan lebih, nak masuk tujuh bulan. Kelmarin, dia dilahirkan jam 11 pagi dan meninggal dunia dalam jam 12.05 tengah hari. Saya sempat tengok dan sempat azankan.

"Tak ada rezeki kami. Semuanya percaturan Tuhan. Saya rasa bersyukur dapat merasa selepas 11 tahun perkahwinan. Kami pun tak jangka akan dikurniakan cahaya mata sebab kami pun dah semakin meningkat usia.

"Tapi, Alhamdulillah Tuhan bagi kami rasa pengalaman itu. Dia pergi dengan baik," tutur Areel yang turut memberitahu, isterinya iaitu Nurul Iman Hakimi Teoh, dalam keadaan stabil, namun masih dirawat di hospital di Port Dickson.

"Alhamdulillah. Sebab kami ini orang 'kas@r'. Kami berjalan merata tempat, jadi kena lasak. Dia pun Alhamdulillah ikut rentak saya dan dia terkawal. Selalunya dia ada bersama saya, tapi malam ini tak ada.

"Bayi kami ada isu berkaitan krom0som dan doktor pun maklumkan benda ini jarang berlaku. Doktor pun tak dapat nak sp£sifikkan. Jadi, ini satu ilmu baharu untuk mereka juga sebab jarang berlaku di Malaysia," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: