13 August 2024
SELEPAS PULANG TUNAI HAJI - RAJA AZURA KINI TAMPIL BERTUDUNG : "JANGAN BUAT KERANA NAK KELIHATAN CANTIK, TAPI LAKUKAN KERANA ALLAH"
"Apabila sudah sampai waktu, kita berubah menjadi seorang yang lebih baik. Kita semua makin lama makin meningkat usia. Saya tidak seperti orang lain yang mendapat mimpi dibak@r sebelum memilih untuk bertudung.
"Saya lakukan dengan ikhlas kerana Allah dan sedar menutup aurat ini adalah tanggungjawab dan wajib kepada diri saya. Jangan buat kerana nak kelihatan cantik, tapi lakukan kerana Allah."
Demikian tutur pengacara, Raja Azura, 52, mengenai keputusannya untuk bertudung selepas pulang mengerjakan ibadah haji, Julai lalu.
Jelas Raja Azura, perubahan yang dilakukan itu atas pilihan diri sendiri yang sudah semakin meningkat usia, selain mengaku sudah puas dengan imej yang digayakan sebelum ini.
Dalam pada itu, Raja Azura memohon orang ramai mendoakan perkara yang baik kepada individu lain yang belum bertudung.
"Saya dah lalui macam-macam dalam hidup ini. Kita semua melalui pr0ses kehidupan tidak kira baik atau burvk.
"Kalau ada dalam kalangan kita yang belum bertudung, jangan kita menyal@hkan individu itu kerana mereka juga milik Allah.
"Setiap orang akan melalui pelbagai dug@an dalam hidup. Jika tiada uj1an, tidak mungkin mereka mampu menjadi seorang yang matang.
"Jadi kita kena selalu berfikiran p0sitif untuk orang lain. Belum tentu yang sudah bertudung itu hatinya baik, jadi perbetulkan diri sebelum nak istiqamah," ujarnya.
Selain itu, Raja Azura turut meluahkan rasa teruja apabila berpeluang mengerjakan haji buat kali kedua bersama ibu tercinta tahun ini.
Kata Raja Azura, jemputan mengerjakan rukun Islam kelima itu adalah sesuatu yang tidak disangka-sangka, sekali gus memberi k£jutan kepada ibunya yang sudah berada di Tanah Suci lebih awal.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment