31 August 2024
"TAK KOT (RUJUK)... CUKUPLAH KAMI SEKADAR BERKAWAN & SAMA-SAMA MENJAGA ANAK" - PUTERI SARAH KETAWA BILA DIMINTA PEMINAT KEMBALI KEPADA SYAMSUL YUSOF
"Saya hanya mampu ketawa saja. Tak kot (rujuk). Cukuplah kami sekadar berkawan dan sama-sama menjaga anak. Kalau boleh Sarah memang tak nak lagi dikaitkan dengan Syamsul."
Demikian tutur pelakon Puteri Sarah yang berkata, dia tidak akan kembali kepada bekas suaminya, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof selepas menyedari ada peminat yang mencadangkan untuk berbuat demikian.
Ujar Puteri Sarah lagi, dia lebih selesa untuk bersahabat baik dengan Syamsul serta bersama-sama menjaga anak-anak mereka, Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Dalam pada itu, Puteri Sarah turut memberitahu, dia enggan masuk campur urusan kem£lut rumah tangga bekas suaminya dengan Ira Kazar.
"Saya tak nak komen tentang itu. Tak baik dan saya sebenarnya tak nak ambil tahu. Saya, keluarga dan mentua pun tahu mengenai perkara itu menerusi Instagram.
"Kami memang tak tahu apa-apa dan tak nak ambil tahu. Sebagai keluarga kita doakan yang terbaik saja untuk mereka berdua," jelasnya.
Disamping itu, menjawab pertanyaan adakah dia rasa simpati dengan nasib pasangan itu, Sarah yang memberi reaksi terk£du pada mulanya, hanya mendoakan yang terbaik buat Syamsul dan Ira.
"Saya tak tahu nak cakap macam mana. Simpati dan saya mendoakan yang terbaik buat mereka kerana perkara ini memang tidak dijangka," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment