31 August 2024

MENINGGAL SELEPAS BADAN TIBA-TIBA KAKU KETIKA MEMANDU - JENAZAH PEMUZIK VETERAN, AKBAR KHAN SELAMAT DIKEBUMIKAN



Pada jam 10.30 pagi tadi, pemuzik veteran yang juga adik kepada tokoh legenda, Tan Sri Ahmad Nawab, iaitu Akbar Khan, 86, telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Seri Gombak, di sini, selepas dilaporkan meninggal dunia semalam.
Kira-kira 50 orang termasuk ahli keluarga, saudara mara dan kenalan Allahyarham Akbar yang juga bekas anggota Orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu hadir pada majlis pengebumian itu.

Hadir sama, adiknya, Ahmad Nawab serta anak pertama arwah, Rashidah Akbar.

Sebelum itu, jenazah arwah dimandikan dan disolatkan di Masjid Al-Khairiyah.

Menerusi laporan Harian Metro, Akbar dilaporkan meninggal dunia semalam dalam kereta ketika hendak keluar ke kedai berhampiran kediamannya di Taman Sri Gombak, di sini, petang semalam.

Bercerita lebih lanjut, Rashidah menjelaskan, arwah bapanya itu tidak mempunyai peny@kit kr0nik dan meninggal dunia dalam kereta ketika dalam perjalanan ke kedai berdekatan bersama anak bongsunya, Marliza Akbar.

"Arwah, seorang yang sihat dan tiada masalah kr0nik. Seminggu sebelum meninggal dunia ada buat uj1an dar@h dan doktor katakan semuanya baik, tapi dua atau tiga hari sebelum meninggal dunia, arwah tiada selera nak makan, jadi badannya lem@h.

"Walaupun badannya lem@h, arwah tetap ambil inisi@tif untuk memandu. Walaupun arwah sudah berusia, tapi masih memandu kereta dan dia memandu sendiri ke kedai ditemani adik saya, semalam.

"Dalam perjalanan, badan arwah jadi kaku dan tidak boleh tekan minyak. Adik bawa arwah pulang dan kami telefon ambulans. Bagaimanapun, arwah disahkan sudah meninggal dunia," jelasnya yang juga anak sulung kepada tiga beradik itu.

Kongsinya lagi, arwah bapanya itu suka melukis dan banyak menghabiskan masa melukis selepas tidak lagi bekerja bersama RTM.

"Arwah sangat berbakat dan masa lapangnya suka melukis dan sehingga ini ada lebih 30 lukisan dihasilkan. Arwah gembira apabila melukis. Kami simpan dan tiada niat untuk menjual," katanya.

Terdahulu, berita pemergian Allahyarham Akbar disahkan Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail yang menerima khabar duk@ itu daripada keluarga arwah.

Ketika hayat, arwah pernah menjadi Ketua Kombo RTM Kawasan Utara pada era 1970-an sebelum meletakkan jawatan dan menjadi komposer residen bersama syarikat rakaman, EMI dan Nawab Productions.

Pada 1992, arwah berkhidmat semula dengan Orkestra RTM dan melaporkan diri bersama Mokhzani dan pemain dram, Gary Gideon di bawah Pengarah Muzik, Datuk Ahmad Dassilah.

Antara lagu arwah yang dianggap malar segar dan dekat dalam hati peminat adalah 'Selamat Hari Raya' dendangan Allahyarham Datuk Sharifah Aini termasuk lagu patriotik, 'Wawasan 2020' nyanyian Roy.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: