31 August 2024
YUSOF HASLAM KATA HUBUNGAN ANAK & BAPA TAKKAN PUTUS WALAU MACAM MANA SEKALIPUN
"Walau apa pun, dia pun takkan terpisah dan tak boleh hilangkan sebab nama dia, Syamsul Yusof. Bukan Syamsul lain. Anak saya, Syamsul Yusof," itulah kata pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam.
Luah Yusof, walaupun anaknya iaitu Syamsul Yusof menjauhkan diri daripada keluarga, namun, itu tidak akan memutuskan hubungan kekeluargaan mereka kerana Syamsul tetap darah daging yang membawa namanya sampai bila-bila.
"Dia pergi mana sekalipun, bekerja dengan syarikat produksi mana sekalipun, kalau itu hajat yang dia nak dan menggembirakan hati dia, teruskan.
"Sebagai orang tua, mestilah saya nak kedamaian dalam satu keluarga supaya tidak berlaku k0nflik.
"Mungkin ini satu uj1an bagi saya. Allah dah bagi keluarga saya, buat filem dapat sambutan, Syamsul buat filem dapat sambutan, semua dengan izin Allah.
"Bukan sebab kita hebat. Buat yang sebaik daya dan yang menggerakkan hati orang ke panggung adalah Allah," ujar bapa berusia 70 tahun itu.
Sehingga kini, Yusof dan isterinya, Datin Patimah Ismail masih tidak berhubung dengan Syamsul yang merupakan seorang pengarah dan pelakon itu sejak sekian lama.
Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu tetap merasakan kesedihan melihat anak sulung mereka hadir ke mahkamah tanpa ditemani keluarga.
"Saya rasa, macam mana nak bagi sokongan. Kata isteri saya, 'Yus, I sayang Syamsul. Anak kita Yus'. Kalau sekiranya hubungan kita baik, mungkinlah.
"Kata Datin, kesian tengok Syamsul pergi mahkamah seorang diri. Tapi, apakan daya. Kita terputus (terpisah), kan.
"Saya doakan Syamsul kuatkan semangat dia untuk menghad@pi apa sahaja cab@ran dan dug@an. Jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran," tutur Yusof yang turut berkata, sebagai ibu bapa, dia dan isterinya merindukan kasih sayang seorang anak.
"Bagi saya, kalau untuk mencari kebaikan dan kedamaian, yang punya diri harus memulakan sebab saya sendiri sebagai bapa, Datin sebagai ibu, mestilah rindukan kasih sayang daripada anak kita, pelukan anak kita, apa lagi di pagi Raya," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment