23 August 2024

T£PIS DAKWAAN RUMAH TANGGA DIL4NDA B4DAI - VELVET AKUI MASIH BERSAMA RICH



"Ya, kami (saya dan suami) masih sama-sama. Biasalah dalam perkahwinan, bukan setiap masa yang indah-indah. Kalau menyentuh pasal g0sip cerai, kami tak pernah langsung ke arah itu.
"Saya rasa mungkin kehidupan kami dih@kimi menerusi media sosial saja. Kalau tidak muat naik hantaran pasal suami, bersayang-sayang, orang tertanya.

"Sekarang, semakin saya berusia, hidup saya bukan bersandar pada media sosial saja. Segalanya pasal kerja dan hal lain."

Demikianlah jelas penyanyi Velvet Aduk, 37, yang tampil men£pis sp£kulasi bahawa rumah tangganya bersama penyanyi utama Estranged, Rich, 42, dil@nda b@dai dan ramai berteka-teki mengenai status perkahwinannya.

Dalam pada itu, Velvet atau nama sebenarnya, Velvet Lawrence Aduk, men£gaskan mereka masih bahagia dan baginya normal apabila kehidupan rumah tangga itu ada pasang surutnya.

Bagaimanapun, akui penyanyi Sumandak Sabah itu lagi, dia sememangnya sangat jarang berkongsi mengenai kehidupan peribadinya kebelakangan ini.

"Jadi bila kurang nampak gambar suami dan anak-anak, pasti timbul sp£kulasi. Agak laju juga sp£kulasi itu bertebaran. Kami memang perasaan hal itu.

"Tapi saya sangat utamakan untuk simpan pasal kehidupan peribadi. Rasa lebih tenang pendekatan begitu kerana saya mahu melindungi yang tersayang.

"Tidak mengapa kalau kadang-kadang kita tak payah kongsi kebahagiaan sendiri kepada orang lain," kata Velvet yang turut mendedahkan, bukan sekadar di media sosial, dia turut mendapat pertanyaan mengenai status perkahwinan mereka di luar.

"Siap ada orang tanya saya depan-depan sama ada masih bersama dengan suami. Tapi saya jawab sajalah masih," tuturnya yang merupakan pemenang tempat kelima Akademi Fantasia musim 4 (AF4) itu.

Untuk makluman, Velvet yang berkahwin dengan Rich pada Disember 2008 itu memutuskan untuk pulang ke kampung halaman demi membina kehidupan berkeluarga.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Joshia, 15, Caroline, 14, Keanu, 10, dan Denika, 7.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: