04 September 2024
ADIRA SUHAIMI AKUI VERSI DATUK RED SEKARANG ADALAH YANG TERBAIK
"Kalau doa yang baik-baik ini, saya aminkan sahaja. Ada jodoh, Insya-Allah. Kalau tiada jodoh pun, saya akan tetap kehidupan sebagai ibu tunggal.
"Saya boleh cakap, versi Datuk Red yang sekarang adalah yang paling terbaik. Insya-Allah, dan saya percaya dia masih nak belajar lagi. Dia lebih santai dan pandai bergurau."
Itulah ujar penyanyi Adira Suhaimi yang mengakui, bekas suaminya iaitu Datuk Red yang kini merupakan versi yang paling terbaik selepas mereka tidak lagi bergelar suami isteri sejak April lalu.
Kata Adira, dia menerima baik apabila ramai yang mendoakan mengenai hasrat Datuk Red yang mahu memperisterikannya selepas Aidilfitri tahun depan.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Adira memberitahu, dia terlalu sibuk dan tidak mahu melayan perasaan ketika ditanya sama ada dia rasa sunyi selepas bergelar ibu tunggal.
"Sebenarnya, saya terlampau sibuk bekerja. Tak sempat nak rasa benda-benda begitu (sunyi). Jarang di rumah. Contohnya, saya keluar siang anak-anak masih tidur dan saya balik malam waktu anak-anak dah tidur.
"Saya kalau ada masa di rumah, tak nak layan perasaan (sunyi). Saya layan benda-benda yang sihat sebab saya mahu terus bekerja," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment