04 September 2024
BEKAS DOLLA, SYASYA UMUM HAMIL ANAK SULUNG, 'BABY EMON'
"Baby Emon (panggilan anak sulung) bakal dilahirkan," demikian kata-kata yang tertera dalam helaian akhbar yang dikongsikan bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal, dimana dia mengumumkan khabar gembira bahawa dia kini sedang hamil.
Berita kehamilan itu disahkan Syasya atau nama sebenarnya, Nor Syasya Afiqah Shahrizal, 23, dalam satu hantaran di Instagram dengan menulis kapsyen : "Ahamdulillah."
Menerusi perkongsian itu, Syasya bersama suaminya, Nasrullah Mohd Sapie, 23, dilihat sedang memegang helaian akhbar yang tertera bakal menyambut kelahiran bayi sulung.
Klik untuk gambar besar
Selain itu, Syasya turut dilihat memegang perutnya yang semakin membesar, namun tidak berkongsi usia kandungannya.
Sebelum ini, tular video yang menampakkan 'baby bump' bekas Dolla itu yang semakin membesar ketika berjalan di dalam air sambil dipimpin suaminya pada awal bulan lalu.
Pada Jun lalu, Syasya pernah menafikan khabar angin dia sudah berbadan dua, sebaliknya 'baby bump' yang didakwa ramai itu hanyalah perut buncit dan pertambahan berat badan.
Untuk makluman, Syasya melangsungkan pernikahan dengan Nasrullah dalam majlis tertutup yang berlangsung pada 21 April lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment