12 September 2024

AKHIRNYA SYAMSUL YUSOF PULANG KE SISI KELUARGA, MESRA BERSAMA PUTERI SARAH



Bagai sirih pulang ke gagang..!!

Demikian happynya Ibu kepada penerbit dan pengarah, Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail, apabila mengejutkan ramai dengan berkongsi foto terbarunya.
Apa yang menarik, beliau bersyukur anaknya iaitu Syamsul Yusof sudah kembali ke pangkuan mereka.

Lebih menarik, Patimah juga berkongsi foto mesra anaknya itu bersama pelakon, Puteri Sarah Liyana dan anak kedua mereka, Sumayyah.

Untuk info, sebelum ini suaminya Yusof Haslam pernah berkongsi bahawa Syamsul, sudah jarang pulang ke rumah dan berhubung dengan mereka meskipun pada musim perayaan sejak isu rumah tangganya bersama bekas isterinya, Puteri Sarah.

Namun, Yusof menyatakan dia sudah berlapang dada dengan tindakan anaknya itu sekiranya enggan pulang ke pangkuan mereka.

Klik untuk gambar besar
Untuk rekod, Syamsul dan Sarah pernah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.

Namun, mereka disahkan bercerai dengan talak satu pada 18 April lalu susulan pergolakan rumah tangga.

Pada Januari tahun lalu, Syamsul mengumumkan dia sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Selatan Thailand.

Bagaimanapun perkahwinan penuh kontroversi mereka itu hanya bertahan hampir dua tahun sahaja selepas pengarah itu menceraikan Ira dengan talak satu, pada 5 September lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: