11 September 2024

PAK YA SEBAK KONGSI CERITA MENGENAI ARWAH IBU TERCINTA : "SETIAP MINGGU PASTI SAYA AKAN HABISKAN SATU JUZUK AL-QURAN UNTUK MAK SAYA"



"Saya rasa meny£sal sebab masa mak saya ada (masih hidup), saya tak bagi bantuan yang sebaiknya. Itulah yang saya buat sekarang ini iaitu setiap minggu pasti saya akan habiskan satu juzuk al-Quran untuk mak saya."
Demikian tutur pelawak terkenal, Ilya Buang atau lebih mesra disapa Pak Ya, dimana dia tidak dapat menahan sebak ketika bercerita mengenai arwah ibunya tercinta menerusi satu p0dcast, baru-baru ini.

Menurut Pak Ya, dia k£sal kerana ketika ibunya masih hidup dia tidak berkesempatan untuk memberi bantuan yang sebaiknya dan kerana itu, dia cuba menebus kesil@pannya dengan cara menitipkan bacaan ayat suci al-Quran buat arwah ibunya.

Dalam pada itu, Pak Ya turut berharap anak-anaknya juga melakukan perkara sama jika dia sudah tiada suatu hari nanti.

"Pada saya, itu adalah khidmat terakhir kita untuk mak dan anak-anak saya pun perlu buat perkara sama yang saya buat ini.

"Bukan untuk saya, tapi untuk diri mereka sendiri. Kalau kita selamatkan mak ayah kita di kubur, Insya-Allah kita juga akan selamat di dalam kubur kita nanti," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: