Penerbit dan pengarah filem, Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Syamsul Yusof masih berhubung dengannya dan isteri untuk bertanya khabar selepas pertemuan mereka pada 9 September lalu.
"Alhamdulillah, hubungan kami anak beranak sudah okay. Selain bertanya khabar, Syamsul juga sering singgah ke rumah untuk menikmati masakan ibunya," tuturnya.
Dalam pada itu, Yusof berkata, dia juga sentiasa mendoakan semoga semangat anaknya itu kuat untuk terus berkarya
"Saya harap dia tidak sesekali patah semangat. Kalau saya, ayahnya sudah berusia 70 tahun pun masih lagi berjuang, inikan pula dia yang baharu mencecah usia 40 tahun," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
"Syamsul pun tidak mahu kami tanya pasal hal kerja dia atau pun tentang filem itu. Dia juga tidak mahu cerita apa-apa pun mengenai filem itu selagi tidak siap.
"Lagipun, filem itu terbitan syarikat lain. Apa-apa pun biarlah masa tayangan filem itu nanti," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment