22 September 2024

JIKA PERLUKAN BANTUAN, ALI PUTEH SENTIASA ADA UNTUK HAMZAH : "ANAK SAUDARA SAYA ITU MASIH ADA PAKCIK"



"Saya serahkan semuanya kepada Allah, sebab saya pun ada anak-anak. Yang penting, saya tahu dia (Hamzah - anak saudara) sihat, dia membesar dengan baik, itu Alhamdulillah. Saya nampak anak arwah abang saya ini membesar dengan baik. Dia sihat walafiat.
"Waktu saya jumpa dia sebelum ini, dia besar macam arwah abang waktu kecil. Sama. Muka iras tepat dan perwatakan dia 'besar'. Kalau kita tengok budak-budak besar begini, dia sihat. Insya-Allah, makan dia cukup."

Itulah tutur pelawak Ali Puteh, 35, dimana dia meluahkan rasa teruja dan bahagia melihat anak saudaranya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey atau disapa Hamzah, 5, dibesarkan dengan baik dan sihat oleh ibunya, Siti Nurhidayah Mohd Ali atau Hidayah.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Ali berkata, sekiranya Hamzah memerlukan sebarang bantuan, dia sentiasa ada sebagai seorang bapa saudara kepadanya.

"Kalau perlukan apa-apa bantuan daripada saya untuk anak, Insya-Allah saya akan hadir. Kalau tak dapat untuk saya sediakan pun (keperluan), saya akan usahakan sehabis baik untuk bantu sebab anak saudara saya itu masih ada pakcik," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: