20 September 2024
"ALHAMDULILLAH SAYA DIBERIKAN KESEMBUHAN" - LAN PET PET AKUI DITAH4N DI HOSPITAL AKIB4T AL4MI S£SAK NAFAS
Pelawak dan anggota Senario, Lan Pet Pet, 55, akui dia ditah@n di Hospital Melaka selepas mengal@mi s£sak nafas sejurus sebelum menjayakan persembahan Senario Union Panggung Bangsawan, di Melaka pada 31 Ogos lalu.
Kata Lan atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad, dia tetap gagahkan diri untuk kembali menjayakan persembahan itu selepas keadaannya kembali baik.
Tuturnya lagi, dia memperbanyakkan bacaan zikir selain menunaikan solat sunat sewaktu di hospital.
"Saya ditah@n di zon merah Hospital Melaka. Saya banyakkan zikir dan solat sunat. Alhamdulillah saya diberikan kesembuhan. Doktor yang merawat saya pada malam itu pun terk£jut sebab saya berada di konsert untuk membuat persembahan," katanya.
Dalam pada itu, Lan tidak menolak waktu makannya yang tidak teratur menjadi punca mas@lah kesihatannya, selain berkata, sejak kebelakangan ini, rutin makannya memang tidak menentu.
"Saya biasanya memang makan pada waktu petang. Jadi, mungkin mas@lah angin dalam badan," tutur Lan yang juga terharu ramai yang mengambil berat selepas mendengar berita mengenai insid£n itu.
Disamping itu, Lan berterima kasih kepada peminat atas doa baik-baik serta memberitahu kesihatannya sudah pulih seperti biasa.
Terdahulu, Apek yang juga rakannya dalam Senario mendedahkan Lan mengal@mi dem@m dan s£sak nafas sebelum konsert Senario Union Panggung Bangsawan itu bermula.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment