20 September 2024

DATUK RED BERI CINCIN ATAS PENTAS - ADIRA NAFI MEMPERMAINKAN URUSAN BERKAITAN PERKAHWINAN & PERCERAIAN



"Babak cincin diberi ketika acara ini berlangsung bukanlah niat untuk main-main, tetapi itu adalah sebahagian daripada acara ini. Alhamdulillah, saya sangat-sangat bersyukur sebab Abang Red pun memberikan komitmen penuh. Saya sangat menghargai dia yang mahu membantu.
"Bukanlah bila nak bagi cincin itu, maksudnya mahu berkahwin. Tidak. Tiada niat untuk main-main pun sebaliknya ini adalah sebahagian daripada cara untuk menjayakan, mencantikkan dan menyempurnakan lagi majlis itu."

Demikian jelas penyanyi Adira Suhaimi, 33, yang menolak dakwaan dia mempermainkan urusan berkaitan perkahwinan dan perceraian dengan bekas suami, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

Adira tampil menjelaskan perkara itu selepas melakukan gimik yang menyaksikan Datuk Red memberi k£jutan di majlis pelancaran cincin terbaru Siti Adira Miragold Collection dengan 'menghadiahkan' cincin kepada bekas isterinya itu.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Adira akui selesa untuk menyimpan kisah peribadi itu sendiri ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Datuk Red yang dilihat kembali mesra terutamanya saat melakukan siaran langsung di media sosial.

"Mulut orang saya tak boleh nak tutup, yang mana tahu, tahu sahajalah. Tapi kalau nak kata main-main mengenai perkahwinan, cerai dan sebagainya, semua orang pun tahu benda itu tak boleh dibuat main.

"Apa yang berlaku itu adalah jalan dan pr0ses yang perlu saya had@pi. Tak perlu untuk semua orang faham dan tahu kenapa. Cukuplah hanya saya, Abang Red dan keluarga terdekat saja," tuturnya yang kini menjadi 'pengasas perniagaan emas'.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: