29 September 2024
"APA YANG TERJADI ADALAH DUG4AN UNTUK FAZURA & KELUARGA" - FASHA SANDHA MENANGIS, KENANG JASA FAZURA BANTUNYA
"Saya dan Fazura kenal dah lama, kami kawan sejak usia saya 17 tahun, Fattah pula kawan dengan Aidil. Dua-dua rakan saya. Saya rapat dengan Fazura. Fazura adalah antara selebriti yang saya idolakan.
"Saya dan suami tidak pernah bersembang fasal rumah tangga artis lain. Tetapi apabila melibatkan Fattah dan Fazura, kami berdua sangat em0si sehingga menangis."
Demikian ujar pelakon Fasha Sandha dimana dia dan suaminya, Aidil Aziz tidak dapat menahan air mata apabila mendapat tahu mengenai uj1an yang men1mpa rumah tangga pasangan, Nur Fazura dan Fattah Amin yang kini r£tak.
Disamping itu, Fasha turut mengenang kembali jasa sahabatnya, Fazura yang banyak membantunya ketika dia bergelar ibu tunggal sebelum ini dan apa yang dilalui oleh pelakon itu dan Fattah adalah dug@an buat mereka.
"Saya menangis sebab ingat peng0rbanan Fazura beri baju raya sampai 20 pasang pada saya. Air mata ini bukan drama, kalau boleh tak mahu nangis, namun apa yang terjadi adalah dug@an untuk Fazura dan keluarga.
"Fazura sentiasa layan saya dengan baik. Saya kenang budi Fazura. Dia tidak pernah lupa memberikan saya baju raya sepanjang tiga tahun saya bergelar ibu tunggal," tuturnya yang turut menitipkan nasihat kepada orang luar agar tidak masuk campur urusan Fazura dan Fattah itu.
"Fattah dan Fazura datang dari keluarga yang baik. Kita sebagai orang luar tidak boleh menilai apa yang berlaku terhadap mereka, hanya Fattah dan Fazura yang tahu kisah sebenar.
"Tidak perlu juga buat kr0nologi sendiri, apa yang sepatutnya kita buat adalah mendoakan yang terbaik buat mereka. Jangan tambah yang bukan-bukan kerana itu boleh menambah keduk@an pada hati Fattah dan Fazura," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment