28 September 2024

DAKWAAN KETEPIKAN IBU - MARISSA DANIA TAMPIL NAFI, INI JELASNYA



"Mama tak tahu sebab Aslam dia lebih rapat dengan papa (Norman). Dia lebih selesa dengan lelaki. Itulah sebabnya. Dia banyak berinteraksi dengan papa dan ayahnya. Itu sahaja.Tapi, tak bermaksud saya ketepikan mama. Akhirnya, mama dapat tahu juga sebab saya kongsikan juga."
Itulah jelas pemp£ngaruh, Marissa Dania,19, yang men£gaskan bahawa dia tidak pernah ketepikan ibunya yang juga pelakon, Abby Abadi.

Kata Marissa, berita mengenai kem@tian bayinya baru-baru ini lambat diterima ibunya kerana suaminya, Ahmad Aslam lebih selesa berinteraksi dengan bapanya, pelakon Norman Hakim.

Selain itu, Marissa turut mengulas, komennya mengenai ibunya tidak membal@s WhatsApp di ruang komen hantaran Instagram Abby hanyalah gurauan.

"Saya dan mama tak ada apa pun sebenarnya. Memang nak mama bal@s dan niatnya memang untuk bergurau pun. Kami okay sahaja. Tempoh hari, mengenai perkara itu ada sebablah dan tak ada apa pun," ujarnya.

Dalam pada itu, Abby berkata, gurauan anaknya di Instagram itu mungkin menerima tanggapan berbeza daripada netizen.

"Demi Allah tak ada niat untuk jadikan 'c0ntent' atau apa. Benda itu berlaku dengan sendiri dan saya pun tak pasti. Waktu itu saya merajuk. Dia tak ada letak emoji atau apa-apa di situ, jadi orang anggap dia s£riuslah.

"Saya tahu mengenai perkara (kem@tian bayi Marissa) itu selepas dua hari. Tapi, nak buat macam mana sebab bila dapat tahu, dah tak ada dah," kata Abby.

Terdahulu, Marissa telah kehilangan bayi sulungnya yang dilahirkan awal ketika usia kandungan lima bulan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: