28 September 2024

"ALHAMDULILLAH, KALAU DIA SUDAH BERDAMAI DENGAN 'FAMILY'..." - AARON AZIZ AKUI MASIH BELUM BERHUBUNG DENGAN SYAMSUL YUSOF



Pelakon Datuk Aaron Aziz berasa bersyukur apabila pelakon dan pengarah Syamsul Yusof sudah kembali ke pangkuan keluarganya pada 9 September lalu selepas bertahun tidak berjumpa.
Kata Aaron, dia mengetahui berita Syamsul sudah berbaik semula dengan kedua ibu bapanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail menerusi foto yang tular di media sosial.

"Alhamdulillah, kalau dia (Syamsul) sudah berdamai dengan 'family' (keluarganya). Baguslah! Saya hanya tengok gambar mereka sekeluarga gembira bersama pelakon Puteri Sarah dan anak-anak menerusi media sosial," katanya.

Sementara itu, ditanya pula sama ada dia masih berhubung dengan Syamsul, Aaron menjelaskan, dia memang tiada berhubung dengan pengarah filem 'Mat Kilau' itu selepas insid£n membabitkan mereka sebelum ini.

"Saya memang tiada hubungi dia untuk bertanya perkara itu (sudah berbaik dengan keluarga). Begitu juga sebaliknya, dia juga tidak hubungi saya. Saya memang jarang nak ambil tahu mengenai hal keluarga dan rumah tangga orang lain," ujarnya.

Selain itu, mengulas mengenai rumah tangga pasangan artis yang bercerai-berai pula, Aaron berkata, dia juga tidak mahu ambil tahu mengenainya.

"Apa yang saya boleh katakan, jodoh itu rahsia Allah, sama ada sekejap atau lambat. Saya dapat tahu berita ker£takan rumah tangga pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura pun menerusi media sosial.

"Nak buat macam mana berita itu sudah keluar di media sosial seperti TikT0k dan semua orang pun tahu," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: