27 September 2024

"BABY TAK SABAR NAK TENGOK DUNIA" - EYRA HAZALI SELAMAT LAHIRKAN CAHAYA MATA KETIGA



Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyra Hazali atas kelahiran cahaya mata ketiga selepas selamat bersalin di sebuah pusat perubatan pada malam Khamis.
Eyra atau nama sebenarnya, Hazira Qasdina Hazali, 25, yang berkongsi berita gembira tersebut di Insta Story miliknya, turut memberi bayangan kelahiran itu berlaku lebih awal berbanding jangkaan asal.

"Baby tak sabar nak tengok dunia. Alhamdulillah," kata Eyra yang memuat naik gambar suaminya iaitu Haziq Nadzli sedang mendukung bayi mereka.

Bagaimanapun, Eyra tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai bayinya termasuk jantina dan nama.

Klik untuk gambar besar
Pada 29 Mei lalu, Eyra telah berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dia kini sedang hamil anak ketiga.

Untuk makluman, Eyra dan Haziq yang juga pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim, bernikah pada 1 November 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka turut dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish, 4 dan Muhammad Endra Haqimie, 2 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: