23 September 2024
CAB4RAN MEMBIMBING MUALAF - LANA NODIN KINI GEMBIRA DENGAN PERUBAHAN SUAMI, SEMAKIN JAGA SOLAT
"Selama berkahwin perubahan paling ketara dalam diri suami adalah daripada sus@h solat sekarang menjadi mudah solat. Dia juga sangat tepati waktu dan disiplin serta tidak pernah gag@l ke masjid untuk solat Jumaat.
"Jika dia ada pertandingan di luar negara, dia akan hubungi saya untuk memastikan isterinya bangun solat subuh. Kami saling mengingatkan antara satu sama lain tentang solat. Pada saya ini adalah kebahagian tetapi saya jarang berkongsi perkara sebegini kerana bimb@ng peny@kit Ain.
"Daud juga banyak bertanya mengenai ilmu agama pada saya tapi dia bukanlah 'lib£ral'. Sekarang dia sudah tahu bagaimana nak mendidik anak-anak perkara asas dalam Islam kerana anak-anak juga sering bertanya kepadanya.
"Anak-anak pun sering bertanya padanya kalau dia tak solat. Kalau dulu saya yang akan jawab tapi sekarang saya nak suami sendiri yang jawab pada anak-anak."
Klik untuk gambar besar
Demikian ujar pelakon Lana Nodin, 46, yang meluahkan rasa syukur dia kini di fasa bahagia apabila suaminya yang juga pemain bola tampar Amerika Syarikat, David McKienzie atau nama Islamnya, Mohd Daud McKienzie, semakin mendalami agama Islam, dimana dia sangat disiplin dalam ibadah solat dan tidak pernah meninggalkan solat Jumaat sepanjang sembilan tahun mereka berkahwin.
Bukan mudah menggalas tanggungjawab memimpin suami yang mualaf untuk mempraktikkan ajaran Islam, Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nodin, berkata, sebelum berkahwin, suaminya ini pernah menetap di Abu Dhabi selama tujuh tahun dan disebabkan itu, dia mudah untuk menerima ajaran agama Islam.
"Suami mempunyai ramai kenalan beragama Islam di sana dan bila memeluk Islam perjalanannya sangat mudah. Contohnya mengenai ibadah puasa, dia pernah berpuasa sebelum ini kerana dia atlet dan dia anggap berpuasa juga bagus untuk kesihatan," katanya.
Malah, katanya lagi, suaminya juga turut mengikuti kelas mengaji Iqra bersama-sama anak sulung mereka, Gia Quinn Mckienzie yang kini berusia sembilan tahun, termasuk mengikuti kelas agama juga.
"Alhamdulillah, sekarang anak saya cukup solat lima waktu dan akan mar@h jika tidak solat berjemaah bersama daddy. Sekarang saya dalam pr0ses mengajar suami menjadi imam dalam solat.
"Walaupun hanya pandai baca surah al-Fatihah dan tidak tahu surah-surah lain, pada saya itu sudah memadai. Saya gembira dengan perubahan dia sebab cabaran paling besar untuk saya adalah membimbing suami sebab saya sendiri tidak sempurna dan masih banyak yang perlu dipelajari.
"Ia satu cab@ran buat saya untuk membimbing suami dan anak-anak kerana ada perkara berkaitan agama yang kita sendiri pun tidak tahu. Justeru, saya mengambil pasangan ustaz dan ustazah untuk mengajar ilmu agama kepada kami sekeluarga di rumah pada hujung minggu," tuturnya.
Untuk makluman, Lana mendirikan rumah tangga dengan Daud pada 15 Mei 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Gia Quinn Mckienzie, 9; dan William Daud Mckienzie, 6.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment