Sempena Anugerah Wanita Ikon Malaysia, pelakon Rita Rudaini telah menerima Anugerah Ibu Ikon 2024/2025 dan perkara itu dikongsikan ibu kepada dua cahaya mata itu menerusi Instagram miliknya.
Anugerah itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.
Dalam perkongsian tersebut, Rita berkata, dia akan terus memberikan inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana serta memberikan semangat bahawa semua wanita adalah ikon.
Sementara itu, menerusi perkongsian lain pula, Rita turut memberitahu, ianya bukan perjalanan mudah, namun baginya disetiap semua uj1an bukan 'kesus@han' tetapi ianya uj1an buat mereka yang terpilih.
Tambahnya lagi, disebalik uj1an yang diberikan ada 'hadiah' manis yang Allah berikan iaitu anak-anak dan kerana itu, didik mereka kerana Allah.
"Tidak mudah... walaupun ada di antara kita berlainan latar belakang, tapi uj1an dan rasa itu tetap sama... tapi percayalah, di setiap semua itu bukanlah 'kesus@han'.. tapi itu lah uj1an untuk yang terpilih.
"Percayalah di sebalik uj1an itu ada 'hadiah' manis yang Allah berikan iaitu 'anak'... jagalah, sayangilah dan didik ah mereka kerana Allah.
"KITA SEMUA WANITA KUAT... KITA SEMUA WANITA IKON," tulisnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment