23 September 2024
PANDANGAN SUDAH BERUBAH - ALI PUTEH KATA ORANG RAMAI MULA SOKONG DIRINYA KEMBALI MELAWAK DI TV
"Dulu bila saya muncul di kaca televisyen, orang akan cakap muka ini lagi. Tak ada muka lain ke. Tak habis-habis dia ni.
"Sekarang pandangan orang ramai sudah mula berubah. Ramai yang sudah mula menyokong saya untuk kembali berlawak di kaca televisyen.
"Bila saya buat siaran langsung dalam TikT0k beritahu akan sertai MLS4, ramai beritahu mereka akan sokong dan menonton persembahan saya."
Itulah kata Ali Puteh dimana pelawak itu memberitahu, dia pernah melalui fasa dic£muh ketika menyertai pertandingan lawak sebelum ini, namun kini katanya, ramai yang rindu untuk melihat dirinya di kaca televisyen (TV)
Terdahulu, adik kepada arwah Abam Bocey itu pernah dik£cam t£ruk selepas terp@lit kontr0versi dengan isteri arwah abang yang juga kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah.
Terkini, Ali bakal bertanding dalam pr0gram Muzikal Lawak Superstar musim ke-4 (MLS4) bersama kumpulan Puteh.
Bergandingan dengan dengan Man Raja Lawak serta Aya Amiruddin dalam satu kumpulan, Ali berkata bidang seni kini tidak lagi menjadi keutamaannya, sebaliknya dia memberi perhatian dalam bidang perniagaan.
"Saya rasa bidang perniagaan lebih menjamin masa depan untuk saya menyara keluarga. Jika sebelum saya dil@nda kontr0versi, memang bidang seni adalah punca pendapatan utama saya.
"Tetapi untuk saya kembali mendapat peluang seperti dahulu, agak sus@h. Jadi kenapa perlu saya tinggalkan perniagaan yang telah saya bina dengan baik semata-mata untuk kembali mengejar populariti? Saya rasa tak perlu," ujarnya.
Jelas Ali lagi, dia bagaimanapun tidak akan menolak jika menerima tawaran kerjaya dalam industri kerana masih cintakan bidang seni.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment