23 September 2024

KELIBAT DI MAHKAMAH SEORANG DIRI - ISTERI DA'I SYED C£TUS TANDA TANYA



Semua sedia maklum mengenai suami kepada personaliti TV, Hana Ismail iaitu pendakwah selebriti dan penyanyi Da'i Syed yang kini 'dibebaskan' sementara di Penjara Kajang, pada Jumaat lalu.
Da'i Syed kemudiannya dilihat sempat berkongsikan video meluangkan masa bersama anak perempuannya.

Terkini, nama isteri Da'i Syed hangat diperkatakan selepas kelibatnya di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menc£tuskan tanda tanya.

Menerusi perkongsian media, Hana dilihat hadir dengan berjubah dan cermin mata serba hitam juga turut dilaporkan berada di kaunter pembayaran ikat jamin di mahkamah.

Apabila ditanya mengenai kehadirannya di lokasi tersebut sekitar jam 12 tengah hari tadi, Hana bagaimanapun enggan memberikan komen.

"Saya datang nak beri sokongan kepada rakan," katanya ringkas dalam keadaan terg£sa-g£sa.

Hana yang dilihat berada di kaunter ikat jamin mahkamah seksyen hampir 15 minit itu kelihatan memegang sehelai kertas sebelum naik semula ke tingkat atas untuk menyerahkan dokumen.

Sementara itu, hasil tinjauan di Instagram isteri Da'i Syed ini, mendapati tiada lagi gambar dia bersama suami kecuali gambar bersama anak mereka.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: