15 September 2024

"DIA SUDAH TIDAK BEKERJA LAGI" - DATUK YUSOF HASLAM SAHKAN A GALAK KINI BERADA DALAM KEADAAN OKAY



"Ini gambar 2019, masa Galak kena 'min0r str0ke' (s£rangan angin ahmar ringan). Sekarang dia dah okay. Tapi, dia juga sudah tidak bekerja lagi. Badan dia (A Galak) pun dah kurus sangat sejak dis£rang angin ahmar ringan itu, lima tahun lalu."
Demikian jelas pengarah dan penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam, 70, dimana dia mengesahkan sahabat baiknya iaitu pelakon A Galak, 84, kini berada dalam keadaan okay, walaupun sudah tidak aktif berlakon lagi.

Kata-kata Yusof itu bagi menjawab pertanyaan mengenai keadaan kesihatan terkini A Galak atau nama sebenarnya, Zakaria Ahmad, berikutan tular semula di media sosial foto memaparkan 'Sarjan Misai' itu diziarah rakan di hospital.

Dalam pasa itu, ujar Yusof, sekiranya A Galak berlakon pun, ia bergantung kepada tawaran yang diterima, memandangkan usia pelakon asal dari Johor itu kini menghampiri 84 tahun pada November depan.

"Sekarang, kalau Galak berlakon pun jika ada tawaran saja. Usia dia pun hampir 84 tahun. Apapun, dia masih mendapat gaji bulanan sepanjang hayat daripada Skop Pr0ductions.

"Ia (pemberian gaji bulanan) dibuat sebagai menghargai jasanya," katanya yang memberitahu, A Galak terlalu banyak berjasa dengan Skop Productions sejak dari awal penubuhan pr0duksi itu.

Sebelum ini, A Galak pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 27 Mei 2019 selepas dis£rang angin ahmar, namun kini dia di dalam keadaan baik.

Untuk makluman, A Galak mula aktif berlakon pada 1961 menerusi filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee, 'Ali Baba Bujang Lapuk' sebagai penyamun.

Pada 1983, A Galak juga berlakon filem 'Darah Satria' sebagai Sarjan Razak diikuti filem 'Azura' pada 1984 dengan watak Datuk Puteh, iaitu bapa Zack lakonan Datuk Jamal Abdillah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: