15 September 2024
NORA ARIFFIN SIFATKAN SUAMINYA, DR RUSHDI SEORANG YANG BAIK & MENYERUPAI PERSONALITI ARWAH JOHAN
"Dia (suami) lelaki yang baik dan selalu mengingatkan saya mengenai karakter arwah Johan. Sifat peribadi Dr Rushdi ada persamaan dan menyerupai arwah Johan walaupun bukan 100 peratus.
"Sebagai isteri yang kem@tian suami, bukan senang untuk melupakan arwah. Walaupun sudah berkahwin pun saya masih menyebut mengenainya dan bukan mudah untuk suami baharu menerima perkara itu kerana mungkin dia akan rasa terg@nggu.
"Tapi tidak pada dia, sebaliknya dia terbuka dan masih minta saya kekalkan gambar yang bersama arwah di rumah sebab katanya itu adalah kenangan dan arwah juga sahabat baiknya.
"Dia sayang Johan sama seperti saya sayangkan arwah. Apabila cakap fasal arwah, kami rasa seronok dan tidak rasa dia akan cemburu pun."
Itulah kata penyanyi Datuk Nora Ariffin yang menyifatkan suaminya, Dr Rushdi Ramli adalah individu baik dan menyerupai personaliti bekas suaminya, Allahyarham Johan Nawawi.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Nora yang masih perlu pandai menjaga hati suaminya itu mengaku, untuk mencari lelaki yang memahami dan mampu menenangkannya adalah perkara yang menyul1tkan.
"Nak cari lelaki yang kacak atau kaya mungkin tak sus@h hari ini, tapi nak cari yang betul-betul memahami dan mampu menenangkan kita tidak mudah.
"Jujur saya bukan wanita yang mencari suami untuk hidup mewah sebab ketika saya bersama arwah dulu saya dah rasai semua. Jadi saya tiada keinginan untuk ulangi atau hidup lebih senang.
"Kalau ada org cakap carilah lelaki yang lebih kaya, saya rasa sangat ters1nggung sebab apa yang saya lalui bersama johan sudah paling terbaik," tuturnya.
Semalam, Nora mengesahkan dia dan bekas suami sudah rujuk semula selepas sebulan mengumumkan perceraian menerusi video dalam Instagram.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment