15 September 2024

TIDAK PERNAH PAKSA ALLISYA UNTUK IKUT JEJAK JADI PENYANYI - JATT ALI MAHU ANAK BERMULA DARI BAWAH



"Kalau nak diikutkan, Allisya ada laluan mudah kerana saya dan bekas isteri, Sharifah Shahirah atau Shiera juga sama-sama terb@bit dalam bidang seni. Tapi Allisya tidak suka jalan singkat sebegitu.
"Dia mahu dikenali sebagai penyanyi bersandarkan usaha dan bakatnya sendiri. Allisya juga tidak suka jika ada orang bandingkan dia menyanyi tidak sedap seperti suara saya."

Ujar penyanyi Jatt Ali, 68, dimana dia lebih suka anaknya, Allisya, 27, yang kini aktif menyanyi di hotel itu bermula dari bawah dan bekerja keras untuk dikenali dan bukan sekadar menumpang namanya dalam bidang muzik.

Dalam pada itu, penyanyi kumpulan legenda Black Dog Bone ini menjelaskan, dia juga tidak pernah memaksa Allisya untuk mengikut jejaknya menjadi penyanyi, selain berkata, sebagai bapa, dia sentiasa menyokong apa saja minat anak perempuannya itu.

"Saya tidak pernah paksa Allisya untuk menjadi penyanyi semuanya terpulang pada minatnya. Nasihat saya padanya jangan ambil jalan singkat kerana dia perlu kerja keras untuk menjadi penyanyi yang bagus.

"Allisya sendiri memang tidak mahu jalan singkat dengan sekadar bersandar nama kedua ibu bapa dan itu yang saya suka dengan dirinya," tuturnya yang juga percaya Allisya mempunyai bakat sebagai penyanyi selepas menonton persembahan anaknya di sebuah hotel baru-baru ini.

"Sebenarnya, Allisya ada bakat menyanyi cuma dia kurang keyakinan sebelum ini. Masa saya buat k£jutan dan menonton persembahannya di kelab itu, saya nampak dia sudah ada keyakinan diri dan boleh menyanyi di pentas.

"Saya juga beri tips padanya bagaimana untuk buat persembahan di kelab dan menarik penonton untuk menyanyi bersama dengannya," katanya.

Untuk makluman, Allisya adalah anak sulung Jatt hasil perkahwinan dengan pelakon dan penyampai radio popular, Sharifah Shahirah atau Shiera pada 1993, sebelum bercerai pada 1999.

Jatt kemudiannya berkahwin dengan Norimah Zaini dan kekal hingga sekarang. Shiera pula berkahwin dengan pelakon Ijoy Azhari pada 2003 dan dikurniakan empat anak.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: