25 September 2024

IRA KAZAR MINTA RM3,000 - MAHKAMAH PERINTAH SYAMSUL YUSOF BAYAR KOS KEHADIRAN RM200



Pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof telah diperintah oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk membayar kos kehadiran sebanyak RM200 kepada bekas isterinya, Ira Kazar, selepas perkara itu diputuskan oleh Hakim Maizatul Aliza Chee Din pada prosiding yang berlangsung petang tadi.
Keputusan itu dibuat selepas meneliti dan mempertimbangkan keterangan Ira selaku defendan yang menuntut RM3,000 atas alasan sudah menyus@hkan, selain pihak plaintif (Syamsul) tidak berterus-terang mengenai wujudnya lafaz taklik pada Jun lalu.

Berhubung itu, peguam yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd Aris berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan kos kehadiran yang dituntut defendan sebanyak RM3,000.

Ujar beliau, dia menyifatkan proses perceraian yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada 5 September lalu sudah menjimatkan masa semua pihak.

"Sepatutnya hari ini pihak kami ingin menarik semula permohonan membabitkan tuntutan perceraian dengan kebenaran mahkamah di bawah seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) yang difailkan Syamsul pada 19 Ogos lalu.

"Pihak saya juga sudah memfailkan n0tis penarikan semula kes yang difailkan. Bagaimanapun Ira yang hadir bersama peguam memohon kos kehadiran sebanyak RM3,000 kepada mahkamah, namun Syamsul hanya perlu membayar RM200 kepada Ira," katanya.

Sementara itu, jelas peguam syarie mewakili Ira, Mohammad Fadhil Abdul Razak, pihak mereka akur dengan keputusan yang ditetapkan mahkamah, selain berkata, pihak mereka memohon kos kehadiran RM3,000 kerana menyus@hkan pihak defendan iaitu Ira.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: