25 September 2024

DEMI M4RUAH & KESEJAHTERAAN ANAK - FAZURA N£KAD MAHU CERAI



"Pada hari ini, Faz kekal n£kad untuk meneruskan keputusan Faz sebelum ini demi m@ruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz.
"Mohon doakan Faz dapat menyempurnakan proses ini dengan baik dan lancar. Terima kasih sekali lagi diatas semua kata-kata semangat, sokongan dan semua doa untuk Fatima dan Faz sekeluarga."

Demikian tulis pelakon Nur Fazura dimana dia n£kad mahu meneruskan perceraian dengan suaminya, pelakon Fattah Amin demi m@ruahnya sebagai wanita serta kesejahteraan hidup bersama anaknya, Nur Fatima.

Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin, 40, yang berkongsi perkara tersebut menerusi Instagram, turut mengakui keputusan yang dibuatnya itu bukan diambil ringan

"Keputusan yang telah Faz buat pada 13 September lepas bukanlah sesuatu yang diambil dengan ringan tanpa sebarang pertimbangan dan refleksi yang mendalam tentang masa hadapan Fatima dan Faz," katanya lagi.

Hari ini, Fattah dilapor belum bersetuju untuk melepaskan Fazura semasa sebutan kes permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Berhubung itu, mahkamah menangguhkan kes perceraian Fazura dan Fattah itu ke tarikh baharu pada 7 Oktober ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: