25 September 2024
SYAMSUL YUSOF TUNTUT KEMBALIKAN HARTA - IRA KAZAR TIDAK BERSETUJU
"Ya, pihak sana (Syamsul) ada meminta beberapa tuntutan semula ke atas anak guam saya, tetapi kami tidak bersetuju memandangkan perkara itu berlaku semasa dalam perkahwinan.
"Kami bukan tidak mahu bersetuju, tetapi dari segi hukum syarak sudah dinyatakan bahawa apa yang sudah diberikan, tidak akan dipulangkan semula."
Itulah jelas peguam syarie yang mewakili bekas isteri pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, Ira Kazar iaitu Mohammad Fadhil Abdul Razak dimana dia berkata, pihak mereka tidak bersetuju kerana ianya berlaku ketika mereka masih lagi bergelar suami isteri.
Selepas bercerai pada 5 September lalu, Ira mendedahkan bekas suaminya itu ada meminta untuk memulangkan beberapa harta yang diberikan.
Dalam pada itu, Fadhil berkata, pihaknya ada memberi beberapa cadangan bagi menyelesaikan perkara berkenaan selepas anak guamnya tidak bersetuju dengan harta yang dituntut oleh bekas suaminya.
Klik untuk gambar besar
Namun, sehingga kini belum ada kata putus daripada kedua-dua pihak termasuk mendedahkan secara terperinci mengenai tuntutan itu.
"Memandangkan tuntutan ini dibuat di luar mahkamah, pihak kami sudah membuat perbincangan dengan pihak Syamsul
"Namun, keputusan tuntutan itu belum disahkan lagi. Buat masa ini saya tidak boleh hendak mendedahkan apa dalam tuntutan itu demi menghormati kedua-dua belah pihak," tuturnya.
Sementara itu, ditanya mengenai reaksi Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, mengenai tuntutan daripada bekas suaminya, dia memilih untuk mengunci mulut.
"Saya tidak mahu komen. Kita hadap (berdepan) saja. Saya t@kut nanti saya cakap, orang akan sal@h tafsir," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment