07 September 2024
JATT ALI BERSYUKUR DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK & MASIH LARIS
"Alhamdulillah, saya masih lagi dapat undangan persembahan sampai sekarang. Saya sudah 12 tahun menetap di Johor dan berulang-alik ke Kuala Lumpur jika ada undangan persembahan.
"Selalunya saya dapat undangan persembahan untuk majlis makan malam korp0rat dan sebagainya sehingga ke Sarawak."
Demikian tutur penyanyi Jatt, 68, yang meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik serta masih menjadi pilihan penganjur persembahan ketika ini, berbanding artis seusia ramai yang uzur dan tidak ada 'job.'
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Jatt atau nama sebenarnya, Tahir Ali berkata, dia juga tidak menafikan popularitinya meningkat selepas menduduki tempat ketiga program Gegar Vaganza musim keenam (GV6) pada 2019.
Disamping itu, Jatt turut mengulas mengenai bayaran, dimana dia akan meletakkan harga kepada penganjur sesuai dengan komitmen dan pengalaman luasnya dalam bidang seni.
"Saya akan beri harga dulu pada penganjur dan kalau mereka setuju dengan harga itu baru saya terima. Kalau mereka kata tidak okay, saya akan menolaknya.
"Setakat ini penganjur persembahan tidak ada mas@lah dan bersetuju dengan harga yang saya tetapkan itu," jelasnya yang juga memberitahu, dia selesa kerjaya nyanyiannya diuruskan isterinya, Norimah Zaini.
"Isteri saya bukan sekadar pengurus dan PA (pembantu peribadi), malah dia yang menguruskan segala-galanya. Kalau menyanyi secara 'minus one', isteri akan sampai ke tempat itu terlebih dulu dan uruskan semuanya sebelum saya buat persembahan.
"Walaupun isteri menjadi pengurus, saya juga bayar gaji kepadanya kerana kami sama-sama bekerja," kata Jatt yang juga penyanyi kumpulan legenda Black Dog Bone ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment